10 Benda Ini Buat Abang Nara Nak Terbang Ke Beijing Hari Ini Jugak

Baru-baru ini ketika menghadiri open house hari raya, sempatlah Abang Nara berborak dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Salah seorang daripada mereka baru sahaja pulang daripada bercuti di Beijing. Katanya Beijing memang best dan wajib dilawati sekurang-kurangnya sekali. Teruja mendengar ceritanya, balik rumah Abang Nara terus Google tempat menarik di Beijing.
beijing

Dan sesungguhnya memang banyak tempat menarik dan best di Beijing untuk dilawati. Kalau pergi sehari dua memang tak cukuplah nak cover semua tourist attractions di Beijing. Bangunan bersejarah banyak, makanan pun banyak yang menarik untuk dicuba, mercu tanda yang gah dan tempat shopping pun best. Antara yang mencuri perhatian dan buat Abang Nara terasa nak terbang ke Beijing hari ini jugak ialah:-

1.Tembok Besar China (Badaling)

beijing
Tak lengkap lawatan anda ke Beijing sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar China/Great Wall of China bahagian Badaling ini. Seperti yang anda semua ketahui, Tembok Besar China adalah salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Tembok Besar China Badaling ini telah dibina ketika Dinasti Ming dengan kepanjangannya mencecah 12 kilometer dan merupakan bahagian yang paling popular di kalangan pelancong. Pemandangan selepas memanjat ke puncak pasti akan membuatkan anda terpukau dan jatuh cinta dengan Beijing.

beijing

2.Forbidden City

beijing

Forbidden City di dalam bahasa Melayunya adalah Bandar Terlarang namun ia bukanlah bermakna anda dilarang melawatnya. Setiap tahun, dianggarkan kira-kira 14 juta pengunjun menjejakkan kaki di sini untuk melihat dengan mata sendiri keunikan seni bina, kebesaran serta keluasan Forbidden City yang dibina ketika zaman Dinasti Ming. Terletak di tengah-tengah kota Beijing, Forbidden City dibuka setiap hari kecuali Isnin dan boleh dilawati dengan menaiki pengangkutan awam. Salah satu perkara yang wajib dilakukan apabila melancong ke Beijing adalah bergambar di hadapan Forbidden City ini.
beijing

3.Temple of Heaven

beijing

Dibina dari tahun 1406 sehingga 1420, Temple of Heaven mempunyai keluasan sebesar 2.73 kilometer persegi dan mempunyai 3 bangunan yang cukup unik. Ia dibina ketika zaman Emperor Yongle dan telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1999. Tujuan pembinaan Temple of Heaven adalah untuk para raja berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, cuaca yang baik dan juga umur yang panjang. Selain daripada 3 bangunan ini, kawasan sekitar Temple of Heaven juga telah digazetkan sebagai taman untuk orang awam beriadah. Jadi memang sesuai sangat bawak anak-anak serta keluarga berjalan-jalan di sini.

beijing

4. Peking Duck

beijing

Ok cukup tentang bangunan dan tempat bersejarah. Meh Abang Nara cerita tentang makanan di Beijing pula. Salah satu makanan yang wajib dicuba apabila anda tiba di Beijing ialah peking duck. Kelazatannya memang menjilat jari. Jangan risau bab halal kerana banyak restoran yang menyediakan peking duck halal di Beijing. Kawan Abang Nara cakap, sekali dah pekena peking duck Beijing, memang ketagih dibuatnya. Lazat yang amat.
beijing

5.Sugar-coated haws

beijing

Apabila anda berjalan-jalan di sekitar kota Beijing, confirm anda akan terjumpa dengan sugar-coated haws ini. Dikenali sebagai Tanghulu di dalam bahasa China, sugar-coated haws adalah sejenis makanan tradisional rakyat China di mana buah-buahan seperti haws, strawberi, oren dan kurma akan dibalut dengan gula, coklat atau bijan. Ala macam kita makan buah jambu yang cucuk dengan lidi tue la. Lebih kurang samalah konsepnya. Rasanya pun boleh tahan lazat.

beijing

6.Sweet-pease pudding

beijing

Buat penggemar dessert, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kesedapan sweet-peas pudding yang cukup popular di Beijing. Puding ini diperbuat dari kacang jadi anda tidak perlu risau bab kehalalannya. Ia sering dimakan sebagai tanda ketibaan musim spring. Rasanya? Sekali dah makan, pasti nak lagi.

beijing

7. Wangjing SOHO

beijing

Sekiranya anda menganggap Beijing hanya dipenuhi dengan bangunan bersejarah, maka anda silap 100%. Jangan terkesima melihat keunikan rekaan Wangjing SOHO yang mempunyai ruang pejabat, shopping kompleks dan tempat tinggal. Siap dibina dan dibuka pada 2014, Wangjing SOHO ini mempunyai keluasan 115,392 meter kaki persegi dan pasti akan membuatkan anda tercengang.

beijing

8. Wangfujing Pedestrian Street
beijing

Khas untuk kaum Hawa yang suka bershopping, jangan lepaskan peluang untuk menghabiskan masa anda di Wangfujing Pedestrian Street untuk membeli pelbagai cenderahati, barangan berjenama dan juga window shopping. Ia adalah salah satu tempat shopping yang paling popular di Beijing. Jangan lupa untuk mencuba pelbagai makanan yang dijual di gerai-gerai sepanjang jalan ini.

beijing

9. Dashilar Street
beijing

Sekiranya anda ingin bershopping sambil melihat keunikan seni bina bangunan di Beijing, Dashilar Street adalah tempat yang wajib anda kunjungi. Hampir kesemua bangunan di sini dibina ketika zaman Dinasti Ming dan dijaga rapi sehingga hari ini. Silap-silap anda tak jadi shopping sebab asyik berhenti ambil gambar di bangunan-bangunan yang sangat unik ini.

beijing

10. 798 Art Zone
beijing

Bersiap sedia untuk terkesima dan terlopong mulut secara automatik apabila anda melawat Beijing 798 Art Zone ini. Pelbagai hasil seni yang unik, kreatif dan menarik dipamerkan di kawasan yang pernah menjadi kilang ketenteraan ini. Sila pastikan handphone anda cukup bateri sebab banyak port ambil gambar yang awesome di sini.
beijing

Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat dan benda-benda menarik yang ada di Beijing. Tapi cukuplah Abang Nara senaraikan 10 sahaja. Antara tempat lain yang wajib dilawati ialah Ruins of Yuanmingyuan, Nanluoguxiang, Summer Palace dan Ditan Park. Abang Nara rasa sekurang-kurangnya perlu 5 hari untuk habis pusing satu Beijing.

Sekiranya anda dah teruja, inilah masa terbaik untuk menempah tiket ke Beijing kerana AirAsia X kini sedang mengadakan promosi istimewa ke sana. All in fare one way bermula dari RM299 sahaja. Syaratnya kena booking sebelum 30 Julai 2017 dan terbang dari sekarang sehingga 8 Februari 2018. Untuk makluman, penerbangan AirAsia X ke Beijing adalah sebanyak 2 kali sehari. Maknanya memang ramai rakyat Malaysia yang suka bercuti ke sana.

Jadi tunggu apa lagi? Jom kita sama-sama terbang ke Beijing bersama AirAsia X. Maklumat lanjut layari www.airasia.com.

Sumber: Beautifulnara