10 Rekaan Rumah Yang Sengaja ‘Disembunyikan’ Daripada Pandangan Manusia

Kami pasti, selain daripada memiliki kediaman yang selesa, ramai yang memimpikan untuk memiliki kediaman yang mempunyai rekabentuk yang unik dan berbeza daripada kediaman-kediaman yang lain.

Namun, memandangkan harga rumah yang terlampau mahal sekarang, ramai yang memlilih hanya untuk melihat sambil menggigit jari-jemari.

Berikut merupakan rumah-rumah yang direka khas supaya disembunyikan daripada pandangan manusia.

Terletak 2 meter di bawah tanah, rumah busut ini hampir tidak kelihatan daripada luar. Namun apabila dilihat betul-betul, kediaman mewah ini sebenarnya cukup hebat dan turut dilengkapi dengan kolam renang pada bahagian belakang rumah.

Sekali imbas, rumah agam ini hampir tidak kelihatan kerana terlindung di sebalik rimbunan pokok pine yang tinggi disekelilingnya.

Bukannya photoshop, tetapi rumah banglo yang dibina di atas sebuah pusat membeli-belah di China ini benar-benar wujud.

Rumah ini dibina oleh pasangan suami isteri pada tahun 1986 kerana mengidamkan kediaman yang damai dan tenang.

Pembinaan kediaman yang pelik ini berpunca daripada undang-undang tempatan yang melarang pembinaan bangunan yang tinggi di sekitar ini kerana tidak mahu merosakkan permandangan.

Jadi bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan, seorang arkitek telah mengambil keputusan untuk membina banglo dua tingkat di dalam tanah.

Rumah yang kelihatan seperti sebuah kapal selam terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat di mana tingkat bawah rumah tersebut dibina di bawah tanah.

Rumah yang dibina khas untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekitar ini telah menjadikannya hampir tidak kelihatan pada mata kasar.

Rumah yang mempunyai rekabentuk yang pelik ini kelihatan seperti daun kering terletak di sebuah kawasan yang jauh terpencil di sebuah padang pasir California.

Hotel yang memiliki dinding yang diperbuat daripada cermin ini memang unik. Meskipun hampir tidak kelihatan pada pandangan manusia, dinding hotel ini turut diletak lapisan infra-merah bagi mengelakkan ianya dilanggar oleh burung-burung yang berterbangan.

Rumah yang agam yang terbina di kawasan tebing tinggi ini kelihatan seperti sebuah kolam renang biasa.

Namun sekiranya dilihat daripada sudut yang berbeza, iannya merupakan sebuah rumah yang terletak di dalam batu dan dibina di bawah kolam renang.