Bayar Hanya RM3, Tapi Layanan Bak Hospital VIP

KISAH bagaimana perkhidmatan hospital kerajaan dihentam dan dikutuk bukan lagi perkara asing.

Namun bila bercakap tentang kebaikan sektor perkhidmatan awam ini, tak ramai pula yang ingin menyebarkan. Hanya tahu ‘disimpan rapi’ untuk pengetahun orang terdekat sahaja.

Pengalaman yang satu ini sangat membuka mata ramai pihak tentang kelebihan dan kebaikan yang ada pada para pekerja dalam bidang kesihatan ini.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita, Nurul Shazaina Zainudin yang bukan sahaja terkejut kerana mendapat bil yang tersangat murah iaitu RM3, malah layanan para doktor yang sangat baik.

“Tak sangka sangat bil hospital Serdang sangat-sangat murah, saya jangkakan dalam RM300 lebih walaupun di hospital kerajaan sebab melibatkan pembedahan.

“Bila dapat bil, kos sebenar RM1200 tapi perlu bayar RM3 sahaja,” tulisnya yang nyata tidak menyangka hal itu menerusi Facebook miliknya.

Bukan itu shaja, dia turut memuji keadaan bilik yang sangat selesa meskipun cuma kelas 3, makanan yang sedap dan sikap doktor yang cuba menggembirakan anaknya.

“Paling saya tersentuh doktor pakar dalam bilik bedah cuba gemberiakan anak saya, Macam-macam dia cerita.

“Bila anak dah tertiur, doktor tu suruh cium pipi anak dulu sebelum saya keluar. Nak meniti air mata tadi,” katanya lagi.

Perkongsian ini mendapat respon yang sangat positif daripada netizen lain. Mereka turut memuju servis hospital tersebut dan juga berkongsi pengalaman yang sama ketika berada di wad.

“Bersyukurlah dengan servis hospital kerajaan. We done our best and we don’t take extra money. Bayar yang perlu sahaja.

“Kepada yang maki-maki kami, fitnah kami ambil untung dengan perkhidmatan ni, mintak bertaubat eh,” kata seorang petugas awam.

Kesimpulannya, tak salah mengkritik demi kebaikan namun rasanya lain kali boleh menggunakan pendekatan lain yang lebih berkesan dan bukan cuma ditambah makian untuk puaskan rasa amarah sendiri.

Perkongsian seperi inilah yang patut disebarkan di mana-mana. -MYNEWSHUB.CC

Loading...