“Bertuah Tunku Aminah” – Komen Netizen Selepas Foto Bakal Suami, Dennis Muhammad Tular

“Sama cantik sama padan”, “Bertuahnya Tunku Aminah”…Itu antara komen yang ditulis netizen selepas foto bakal suami Tunku Tun Aminah Sultal Ibrahim tular di laman sosial.

Baca artikel sebelum: Tunku Aminah-Dennis diburu netizen, inilah wajah Dennis Muhammad Abdullah

Sejak semalam, identiti dan beberapa foto bakal suami kepada anakanda Sultan Johor itu mula tersebar dan netizen mula mencari mengenai Dennis Muhammad Abdullah atau Dennis Verbaas.

Rata-rata netizen menluahkan rasa tidak sabar untuk melihat puteri kesayangan rakyat negeri Johor itu menjadi raja sehari, 14 Ogos depan.

Kebanyakan mereka mempunyai pendapat sama, iaitu, Tunku Aminat bertuah kerana bakal berkahwin dengan jejaka kacak.

Ada juga yang berpendapat Tunku Aminah dan Dennis mempunyai wajah seiras dan mendoakan hubungan kedua-dua mereka kekal hingga ke syurga.

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, istiadat perkahwinan pasangan itu akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

Di bawah merupakan ‘biodata’ ringkas Dennis Muhammad:

– Dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, Belanda.
– Anak kedua (daripada tiga beradik) pasangan Martin dan Henriette Varbaas

– Menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.
РPernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Caf̩.

– Kini berkhidmat sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.
– Memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

Sumber: Astro Gempak

Loading...