Cantiknya Koleksi Terbaru Naelofar Hijab! Berbunga-bunga Pulak Kali Ni

WOOOOOOWWWWWW! Cantiknya collection baru Naelofar hijab ni. Ada bunga bunga cantik sangat…

Nampaknya pemilik nama besar jenama tudung Naelofar, Noor Neelofa bakal mengeluarkan koleksi tudung baru yang dibenari nama MAYA. Manisnya nama tudung ni. Semanis tuannya kan.

Si cantik ini nampaknya tidak sanggup lagi untuk menyimpan rahsia mengenai berita gembira yang sepatutnya diketahui umum Khamis ini. Neelofa sudah pun memuat naik sebahagian koleksi tudung barunya itu di akaun Instagramnya semalam.

Katanya di dalam posting terbaru, koleksi ini merupakan inspirasinya sendiri kerana inginkan sesuatu yang berani dan pada masa yang sama kelihatan feminin. Vaaavavommmm betul kalini Neelofa!

Corak tudung ini mempunyai 4 pilihan warna lembut iaitu biru, putih lembut, merah jambu dan juga kelabu serta bersama corak bunga tropika yang sangat manis bila digayakan.

#MayabyNH ini sudah pun berada di laman web rasmi Naelofar Hijab tetapi hanya boleh dibeli pada esok hari. Jadi, tunggu apa lagi tu… Cepat dapatkan tudung cantik ini esok.

Mintak-mintak kalini tak ada dah yang complain kata collection Naelofar Hijab hanya cantik bila digayakan oleh Neelofar sahaja hehehehehe- MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Loading...