Cara Untuk Membuat Mee Kuning

Resepi mee kuning insyaallah bersih dan halal serta dr air tangan kita..dan sangat menjimatkan..500gm tpg gandum menghasilkan 1.5kg mee kuning. Resepi ini telah dikongsikan oleh Laman FB Resepi Sedap.

Bahan yang diperlukan:

  • 500gm tepung gandum
  • 1biji telor + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml (pewarna ni agakla ye jgn banyak sangat…saya guna yang serbuk secubit je) kalau cecair tu agak2 ye.. kalau kunyit jika dicampur dgn air kapur akan jadi wane oren nanti ..sebaik2 pewarna kuningla..

caranya:

1. panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dlm 2 sudu besar..(saya tak masuk dlm gandum sbb nak jaga mesin dr berkarat)

2. masukkan tpg gandum dlm bekas dan tuangkan air

3. gaul sebati

4. doh ni agak keras sedikit dr doh karipap ye..

5. tak payah bagi licin pun tak apa..asal semua sebati je..

6. bahagikan 3 bahagian dan leperkan

7. menggunakan mesin mee..masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan laraskan no.1… (kalau mesin mee saya ada 6 laras (1-6) 1 bukaan paling besar dan 6 tu bukaan paling kecil/ halus)… ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada mesin tersebut sehingga abis buat 2x ye..(2x masuk).

8. kemudian laraskan semula ke no.4(bg laras bukaan 1-6). atau [email protected] bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x

9. kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu..masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis.

10. skrang masa nak merebus mee..5 minit rebus mee… masa masukkan mee jgn kacau dulu ye..biarkan dlm 1-2 minit..baru kacau ye..kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus..cukup 5 minit toskan mee.

11. tos kan mee dan terus masukkan mee dlm air paip biasa (ini utk menghilangkan kanji pada mee ni..kacau2 la mee ni ye tuk buang kanji.. toskan semula mee shingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati..

 

Kredit: Tahrunnisah Jali