Dah 7 Tahun Tapi Tak Boleh Baca Lagi? Ini Cara Untuk Kesan Sama Ada Anak Dah Pandai Baca Atau Tidak

Foto: bookriot
Kanak-kanak sememangnya penuh dengan kejutan, yang mana kita sebagai ibu bapa juga ada ketikanya sukar untuk memahami mereka. Jika dilihat pada mata kasar, mereka nampak seperti kanak-kanak lain, yang aktif bermain dan bergaul.

Perkembangan kanak-kanak juga berbeza antara satu sama lain, tidak semua kanak-kanak akan berhadapan dengan situasi yang sama, dan cara untuk menangani sesuatu masalah juga berbeza.

Setelah mereka masuk ke tahun satu khususnya, kemahiran untuk membaca pada amnya sudah boleh dimahiri oleh kanak-kanak. Tetapi, bagaimana caranya pula, untuk ibu bapa mengetahui sama ada anak-anak sudah boleh mula membaca?

Menerusi siri Tweet ini, dengan nama Cikgu Idham, telah dikongsikan mengenai cara untuk mengesan kanak-kanak yang tidak boleh membaca.

1. Minta tulis perkataan yang dibaca oleh kita.

2. Suruh kanak-kanak baca ayat tunggal, tidak melebihi 6 patah perkataan. Boleh juga dari artikel atau surat khabar.