(Foto) Robot Keselamatan 'Bunuh Diri' di Kolam Air Pancut


Sebuah robot keselamatan yang berketinggian empat kaki - ditemui tersadai di dalam satu kolam air pancut di luar sebuah bangunan di Washington D.C pada Isnin.

'Kematian' robot itu seterusnya membawa kepada pelbagai komen-komen dan metaphor dari netizen yang memuat naik foto kejadian di media sosial.

Menurut beberapa laporan, robot jenis K5 dari syarikat Knightscope itu bergerak terus menghala ke air pancut itu sebelum jatuh ke dalamnya.

Knightscope mengesahkan kepada BuzzFeed News bahawa robot itu adalah miliknya namun tidak menceritakan butiran bagaimana insiden ini boleh terjadi.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata : "Ini adalah kejadian terpencil. Ianyamasih dalam siasatan. Tiada manusia yang tercedera atau terlibat dalam insiden tersebut. 

"Satu robot baru akan diberi pada minggu ini sebagai ganti minggu ini kepada Harbour secara percuma sepertimana persetujuan servis kami."

Robot K5 itu sepatutnya meronda kawasan berdekatan itu bagi mengawal keselamatan. Mungkin disebabkan stress dengan kerja, dia mengambil keputusan untuk berhenti dengan cara yang tragik.