Gadis 14 Tahun Dari Kota Bharu Dirogol Bapa Kandung Ketika Mahu Mandi di Tandas

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

Bapa itu ibarat pelindung kepada anak-anak. Kasih sayang dan sikap ambil berat mereka tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.

Namun, siapa yang menyangka ada juga segelintir bapa yang tidak memikul tanggungjawab tersebut dengan seeloknya malah berlaku kejam terhadap anak kandung sendiri.



Kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, seorang ayah bersendirian bersama anak perempuannya di kediaman mereka di Kampung Tasek Badang, Kota Bharu, Kelantan.

Gambar hiasan

Dikatakan semasa kejadian, ibu mangsa tidak berada di rumah dan anak gadis mereka berusia 14 tahun itu berniat untuk mandi memandangkan hari sudah petang.

Dia kemudian menuju ke dapur sebelum memasuki tandas rumah itu dan tiba-tiba bapanya menghampiri mangsa dan menyerangnya dari belakang.

Lelaki tersebut kemudian terus mengheretnya sambil mengugut anaknya itu untuk memukul jika mangsa berani menjerit meminta tolong. Takut dengan ugutan si bapa, mangsa hanya mendiamkan diri dan membiarkan dirinya diperkosa bapa kandung. Kejam!

Gambar hiasan

Selepas menangis mengingatkan tragedi dirogol bapanya itu, remaja berkenaan telah menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut.



Rupa-rupanya, kejadian itu bukanlah kali pertama bapanya pernah cuba mencabul gadis itu. Sebelum ini, lelaki itu pernah meraba kemaluan remaja tersebut beberapa kali sebelum insiden rogol itu berlaku. Tak guna punya bapak!

Gambar hiasan

Kini, bapa mangsa telah pun ditahan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes tersebut.

Apa nak jadi, ikutkan sangat nafsu sampai anak sendiri jadi mangsa.

Baca : Remaja Berjalan 5 km Untuk Buat Laporan Polis Dirogol Bapa Angkat Sejak Berusia 9 Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari: