Gadis Ini Pernah Digelar 'Badak Dan Gorila Oleh Seorang Lelaki, Kemudian Gadis Ini Nekad Mengubah Cara Pemakanan Dan Cara Hidup. Ikuti Perkongsian Tips. Petua Dan Resepi Yang Dikongsikan Olehnya. Sangat Menjadi Inspirasi

Setiap manusia pastinya mempunyai kekurangan dan tiada manusia yang sempurna. Kita tidak mempunyai hak untuk mengutuk atau menghina sesuatukejadian yang telah dicipta olehNYA. Kekurangan atau kelebihan adalah kurniaan daripadaNYA. 
Daripada perkongsian Nik Yam Che Zainab di akaun Facebooknya, dia menceritakan dia dahulu pernah dihina dan digelar badak sumbu oleh seorang kenalan lelaki di atas keadaan luaran dirinya yang gemuk. Tekad untuk berubah, dia mengambil keputusan untuk kuruskan berat badannya dengan mengamalkan gaya hidup dan diet yang sihat.

Ikuti perkongsian dari beliau.
Dulu aku pernah kenal seorang lelaki di Facebook, dia ajak aku bercinta, sekali itu kami berjumpa dan dia datang jumpa dengan kawan dia.
Dia dan kawan dia gelak-gelak , aku dah agak dah mesti gelakkan aku sebab gemuk la tu, lepas itu bila dah balik rumah, dia buat-buat silap anta mesej, waktu itu hatsapp tak wujud lagi.
Dia kata, "Aku ingat badak yang aku jumpa". Tudia, badak dia panggil aku.
Saya pun cakap la tak payah la nak buat-buat salah hantar mesej, tak tahu macammana dia terus jujur keluar habis perkataan badak air m badak sumbu, gorila kepada aku.

Menangis aku waktu tu, apa lagi, aku "login" Facebook dan trus ''block'' dia, habis cerita.
Tapi tak rasa sangat nak kurus waktu itu, setia menunggu jejaka terima waktu kita gemuk, dia akan terima kita ikhlas kita kuruslah untuk dia.
Jaga elok-elok dia, jangan rasa selesa bila orang terima kita, tapi kita makan tak ingat dunia.
Tulus ikhlas,
Badak Sumbu
Berikut adalah perkongsian daripada beliau tips pemakanan untuk kurus yang diamalkannya.
1.RESEPI NUGGET AYAM
  • Isi Ayam 
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu Teh Blackpepper (tumbuk kasar)
  • 1 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Bawang Merah
  • Garam Secukup Rasa
  1. Kisar semua bahan dan kukus sehingga masak.
  2. Potong mengikut bentuk yang diinginkan.
  3. Celup dengan putih telur sebelum goreng. Siap.

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
  • 1 Ikat Kangkung
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • 1 Biji Bawang Merah*
  • 2 Biji Lada*
  • 1 Sudu Belacan*
  • Garam Secukup Rasa
  1. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan kangkung dan tambah garam. Siap.
2. RESEPI SALAD AYAM
  • Salad
  • 1 Ketul Dada Ayam (Rebus)
  • 1/2 Sudu Teh Blackpepper
  • 1 Biji Telur (Scramble Egg)

RESEPI TAUGEH GORENG 
  • Taugeh
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • 1 Biji Bawang Merah*
  • 2 Biji Lada*
  • Garam Secukup Rasa
  1. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan taugeh dan tambah garam. Siap.
3. RESEPI MURTABAK AYAM
  • 1 Ketul Dada Ayam (Cincang)
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • 1 Biji Bawang Merah*
  • 2 Biji Lada*
  • 1 Sudu Serbuk Kari*
  • 2 Biji Telur
  1. Tumis bahan bertanda * dan masukkan ayam. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur dan masukkan isi ayam yang telag digoreng tadi.
  3. Goreng menggunakan kuali non stick pan.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH 
  • 2 Ketul Ayam
  • 1 Sudu Teh Kunyit*
  • 1 Sudu Teh Serbuk Kari*
  • Halia dan Lengkuas*
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • 1 Biji Bawang Merah*
  • Garam Secukup Rasa*
  1. Blend semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
  2. Perap ayam dengan bahan yang telah diblend tadi. Lagi lama perap lagi sedap.
  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Siap.

4. RESEPI CUCUR UDANG
  • 1 Ketul Tauhu (hancurkan)
  • 2 Biji Telur
  • 5 Ekor Udang
  • 1/2 Sudu Teh Blackpepper
  • Daun Kucai
  • Garam Secukup Rasa
  1. Campur semua bahan. 
  2. Siap untuk digoreng.
RESEPI SUP AYAM
  • Ayam
  • Rempah 3 Serangkai*
  • 1 Jnci Halia*
  • 1 Biji Bawang Merah*
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • Garam Secukup Rasa
  1. Tumis bahan bertanda *
  2. Masukkan ayam. 
  3. Tambah air dan garam. 
  4. Tunggu sehingga masak. Siap.
RESEPI KAILAN GORENG
  • Kailan
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • 1 Biji Bawang Merah*
  • 2 Biji Lada*
  • Garam Secukup Rasa
  1. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan kailan dan tambah garam. Siap.
5. RESEPI AYAM GORENG KUNYIT 
  • 1 Dada Ayam (potong dadu)
  • 1 Sudu Teh Kunyit
  • Garam Secukup Rasa
  • 2 Biji Lada
  • 1 Ulas Bawang Merah
  1. Perap ayam dengan kunyit dan garam selama 5 minit.
  2. Goreng ayam sehingga garing dan masak.
  3. Akhir sekali, masukkan lada dan bawang. Siap.

RESEPI BAYAM GORENG 
  • Bayam
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • 1 Biji Bawang Merah*
  • 2 Biji Lada*
  • Garam Secukup Rasa
  1. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan bayam dan tambah garam. Siap.
6. RESEPI TOMYAM PUTIH
  • Ayam
  • 1 Batang Serai
  • 4 Helai Daun Limau Purut
  • 2 Biji Lada
  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • Garam Secukup Rasa
  1. Rebus semua bahan sehingga ayam masak dan tambahkan garam. Siap.
RESEPI PAK CHOY GORENG 
  • Pak Choy
  • 1 Ulas Bawang Putih*
  • 1 Biji Bawang Merah*
  • 2 Biji Lada*
  • Garam Secukup Rasa
  1. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan pak choy dan tambah garam. Siap.
Kalau dia sendiri boleh lakukan, tiada alasan lagi untuk kita tidak berubah.