Hantar ‘Location’ Dengan Hanya Goncang Telefon, Aplikasi Ini Bantu Dapatkan Bantuan Ketika Kecemasan

Sekiranya rasa diri seperti diekori seseorang, atau berada berdekatan dengan individu yang mencurigakan, pastinya persediaan untuk mempertahankan diri harus ada, lebih-lebih lagi buat wanita.

BACA: Tip Untuk Pertahankan Diri Buat Wanita Ketika Bersendirian, Elak Jadi Mangsa Penjenayah

Jika cara yang dilakukan tidak berkesan, dan diri dibawa oleh penjenayah ke satu kawasan yang tidak diketahui dengan paksaan, tanpa dapat mempertahankan diri. Apatah lagi untuk membuat panggilan kecemasa dan menghantar mesej.

Apalah tindakan pantas yang boleh dilakukan tanpa diketahui oleh penjenayah?

Dengan kecanggihan teknologi dan banyak aplikasi telefon pintar yang ada, pastinya ada sesuatu yang boleh digunakan. Menurut perkongsian dari NurDini Nordin, aplikasi telefon pintar ini, mungkin boleh menyelamatkan anda ketika berada dalam situasi tidak diingini.

Jom kita lihat akan apa keistimewaan aplikasi tersebut.


Shake2safety

1. Ni apps. Rasanya android je yang ada , type "shake2safety" kat appstore

2. Lepas dah bukak. Pilih contact, apps ni boleh pilih 1 contact je. Pilih orang yang boleh harap dan kalau boleh ahli family okay! 
Jangan nak pilih pakwe, pakwe kau belum tentu boleh harap, so pilih je "abah,daddy,ayah". Yang dah berkahwin, boleh pilih suami sendiri. 
Lepastu pilih "both" . Means sekiranya ada amergency, dia terus akan call dan dalam masa yag sama dia akan hantar mesej skali (dalam mesej akan sertakan skali location kita)

3. Lepas tu pilih sensitivity.
4. Sensitivity memang dia dah automatik tetapkan 8. Tapi kita ubah jadi 5 sebab lagi senang detect bila fon kita bergerak/goncang.
5. Ni contoh. Maaf abah x guna fon canggih, ni contoh je. Klw guna fon canggih, hampa leh bukak tekan link location pastu dia akan bagi tau kat mana kita berada. 
Haa snng kan? Brapa kali fon kita gerak-gerak pun dia akan terus detect, so memang akan banyak la abah dapat call/mesej or kedua-dua skali.
Sebagai langkah berjaga-jaga, apa salahnya kita ‘download’ aplikasi ini. Kita pun tak tahu apa akan jadi nanti, walau apa pun, moga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini. - Siakap Keli