Ibu Ini Kongsikan Pengalaman Anaknya Hampir Diculik Di IOI Mall, Puchong. Perwatakan Penculik Ala-Ala 'Mak Cik' Sangat Tidak Disangka-Sangka. Hati-Hati Semua.

Hanya semalam, percubaan menculik telah berlaku di IOI Mall Puchong di Selangor yang telah mengejutkan warga Malaysia.
Nasib baik, budak kecil itu selamat, tetapi penculik itu berjaya melarikan diri.
IOI Mall di Puchong adalah pusat membeli belah yang popular di kalangan penduduk di sekitar kawasan perumahan Puchong Jaya. 

Kami menemu ramah ibu kanak-kanak itu dan memintanya berkongsikan pengalaman mengerikan yang telah dilaluinya dengan kami.
Dia meminta supaya tiada sebarang maklumat atau imej berkenaan keluarganya disiarkan di dalam artikel ini untuk melindungi privasi keluarganya.
Cubaan menculik dengan menegur ibu bapa yang anaknya sedang menangis di tempat awam
Ceritanya begini…
Ketika kami berada di pusat membeli-belah, anak saya mula menangis kerana dia tidak mahu kami mendukungnya.
Tiba-tiba, seorang wanita berusia di dalam lingkungan 50 tahun mendekati kami dan menjerit kepada kami.
“Bila kamu akan mati? Berapa banyak kanak-kanak yang telah kamu culik?

Pada mulanya kami fikir dia mempunyai sakit mental, tetapi tidak lama kemudian, kami rasa macam ada sesuatu yang tidak kena.
Kami memegang anak kami dengan erat untuk melindunginya. Dia tidak berani berbuat apa-apa kerana ada tiga orang dewasa lain di situ.
Wanita itu berambut putih serta memakai baju berwarna jingga dengan seluar bercorak bunga.
Dia mempunyai potongan rambut paras bahu dan bersendirian sepanjang kejadian itu.
Apabila ibu saya memanggil pengawal keselamatan, wanita itu mula bercakap perkara yang tidak masuk akal.

Saya tidak dapat memahami apa yang dia katakan. Dia kemudian menuduh kami telah memecah masuk ke rumahnya dan mencuri barang-barang dan mencederakannya.
Saya rasa dia sengaja cuba mereka cerita itu untuk memanipulasi orang ramai di sekeliling supaya memikirkan yang anak yang menangis itu bukan anak kami.
Ini akan membuatkannya lebih mudah untuk mengambil anak saya.
Apabila ibu saya memutuskan untuk memanggil polis, makcik gila itu berkata:
“Tunjukkan IC kamu!”
Oleh kerana semua orang sedang melihat dan kami tidak mahu orang di sekeliling berfikir yang kami mempunyai apa-apa kaitan dengan wanita itu, kami terus pergi ke bilik pengawal keselamatan untuk selesaikan perkara ini.
Makcik itu menghilangkan diri apabila pengawal sampai
Apabila pengawal keselamatan muncul, wanita itu tiba-tiba hilang. Saya fikir wanita itu memilih kami sebagai sasaran kerana anak saya sedang menangis.
Ibu kepada mangsa ini menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa orang tua seperti mak cik itu boleh melakukan sesuatu seperti ini; dia nampak seperti orang baik-baik sahaja.
Cuba bayangkan, jika mereka tidak berhati-hati ketika itu, anak mereka mungkin telah diculik.

Ibu ayah semua perlu lebih berhati-hati selepas ini ya!
Modus operandi yang mengejutkan ini telah menjadi salah satu taktik penculikan zaman sekarang.
Sehinggakan orang-orang yang telah berusia, macam makcik sorang ini, pun boleh menjadi penculik!
Bagaimanapun, kami gembira yang keluarga ini selamat dan tidak ada yang tercedera dalam percubaan menculik di IOI Mall ini.-The Asian Parents.