“Ingat dia menyelam dan tahan nafas. Tapi lepas lima minit cari tak jumpa, kami sepakat laungkan azan…”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Jodoh, pertemuan serta ajal adalah perkara yang telah ditentukan Tuhan. Siapa sangka kematian datang menjemput saat kita sedang bersuka ria bersama teman dan keluarga?

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lepas, seorang remaja 17 tahun telah mati lemas ketika mandi beramai-ramai di kawasan air terjun Jeram Penitih, Seri Bandi, Kemaman, lapor Sinar Harian.

Sumber: Facebook

Remaja berkenaan, Ahmad Amirul Ahmad Rahimi yang dikatakan baru saja selesai menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ingin meraikan kejayaan dengan beriadah bersama 10 rakannya di sana.



Pada jam lebih kurang 3.30 petang, mangsa bersama sahabatnya yang selesai membuat persiapan untuk memanggang ayam telah mandi beramai-ramai di air terjun tersebut.

Namun Amirul yang dilihat sedang termenung seorang diri telah pergi ke kawasan berbatu yang jauh sedikit dari rakan-rakannya. Menurut rakannya, Amirul sudah mula kelihatan ‘pelik’ pada ketika itu.

Sumber: Sinar Harian

Beberapa ketika, Amirul dilihat terjun ke dalam air. Namun selepas tiga minit berlalu, mangsa tidak timbul-timbul sehingga membuatkan rakan-rakannya risau dan mula mencarinya.

“Kami cari biasa-biasa sebab tak syak benda buruk berlaku. Saya ingat dia menyelam dan tahan nafas. Tapi lepas lima minit cari tak jumpa, kami risau dan sepakat laungkan azan,” kata salah seorang rakannya. 

Selepas selesai melaungkan azan, mereka akhirnya ternampak bayang-bayang seluar mangsa yang timbul dari dalam air. Sahabat mangsa kemudian bergegas berenang mendekati sebelum kakinya tersentuh suatu objek semacam kaki manusia.



Dia kemudian menyelam ke dalam air dan menarik kaki mangsa keluar. Semasa tubuh mangsa diangkat, wajah arwah sudah kelihatan biru dan tidak bermaya. Menurutnya lagi, mayat mangsa ditemui berada di bawah bongkah batu di dasar jeram tersebut. Aduh kesiannya…

Kedudukan kepalanya berada di bawah batu dan kakinya ke atas.” 

Mereka kemudian mengangkat tubuh mangsa ke darat dan memberi bantuan kecemasan. Meskipun begitu, mangsa tidak memberi sebarang reaksi.

Melihatkan keadaan mangsa bertambah buruk, dua orang rakannya telah keluar dari jeram tersebut untuk meminta pertolongan. Manakala beberapa orang rakan lagi telah berusaha mengusung mangsa ke tempat mereka meletak motosikal.

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Seri Bandi selepas mereka meredahi jalan ladang kelapa sawit dengan menaiki motosikal yang sejauh 15 kilometer dari jalan utama.

Walau bagaimanapun, mangsa yang merupakan anak sulung dari empat adik beradik telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan urusan pengebumian.



Berhati-hatilah ketika mandi di sungai. Malang tidak berbau. Takziah kepada keluarga mangsa. Harap mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Baca: Tindakan Orang Sekeliling Tengok Dan Rakam Video Kanak-kanak Lemas Cetus Kemarahan Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari: