Israel Lulus Rang Undang-Undang Kuasai Baitul Maqdis

SATU-satunya syarat Palestin bagi meneruskan rundingan damai dengan Israel ialah tuntutan menjadikan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin Merdeka. Negara Palestin yang dituntut merangkumi Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Mengapa Palestin menuntut secara tegas syarat ini?

Jawapannya demi Allah dan Islam.

Palestin mahukan Baitul Maqdis Timur kerana di situ terletak Kota Lama. Di dalam Kota Lama terletak Masjidil Aqsa, tempat ketiga paling suci bagi umat Islam.

Mengapa Yahudi enggan bersetuju?

Jawapannya, demi Kuil Solomon yang dianggap tapak kelahiran agama Yahudi. Malah, Israel mahukan keseluruhan penguasaan terhadap Kota.

Kota Lama kini terbahagi tiga. Yahudi menguasai Tembok Ratapan dan Kristian menguasai Gereja Holy Sepulchre.

Umat Islam menguasai kawasan Kubah Emas dan Masjid Al Sakra. Kawasan ini juga dinamakan Haram Sharif. Tiap tapak dalam Haram Sharif dikaitkan dengan kejadian Nabi Muhammad berisraq dari Mekah sebelum bermikraj ke Sidatul Muntaha.

Semalam Israel meluluskan rang undang-undang keselamatan untuk mengukuhkan penguasaannya ke atas keseluruhan Baitulmaqdis.

Undang-undang ini akan menghalang mana-mana pemimpin Israel untuk meneruskan rundingan pembentukan Palestin Merdeka dengan bersetuju menjadikan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Rang undang-undang itu dicadangkan Ketua Parti Jewish Home, Shuli Moalem-Refaeli dan diluluskan Parlimen Israel.

Pemimpin parti Naftali Bennet, Bayit Yehudi menyifat rang undang-undang ini mengukuhkan kedudukan Israel terhadap Baitul Maqdis secara keseluruhan.

“Kejayaan penyatuan Baitulmaqdis akan menghalang usaha membahagikan bandar suci ini,’’ katanya.

Israel menuntut keseluruhan Baitulmaqdis manakala Palestin mahukan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Israel merampas Baitulmaqdis Timur setelah berjaya menghalau keluar pejuang Palestin dan Tentera Jordan dalam perang Arab-Israel 1967.

Tebing Barat tempat letaknya Baitul Maqdis dan Baitul Laham sebelum perang enam hari itu adalah wilayah milik Jordan. – Mynewshub.cc

Loading...