Jaa ERA Lepak Rumah Shah Rukh Khan!

Jaa ERA Lepak Rumah Shah Rukh Khan!

Gambar: Jaa Suzuran (Abe Jaa)

Hebat Abe Jaa kita ni, dulu dia pernah lepak dengan Jackie Chan, lepas tu dengan Ed Sheeran, sekarang dia nampaknya lepak dengan hero Bollywood kegemaran semua, Shah Rukh Khan pula! Paling best, siap lepak di rumah Shah Rukh Khan di Mumbai, India.

Jaa nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, bertolak ke India pada malam Khamis lalu untuk menemubual Shah Rukh Khan bagi mempromosikan filem terbaharunya, Jab Harry Met Sejal.

Memetik laporan Astro Gempak, "Misi saya sudah 90 peratus berjaya dan impian saya menjadi kenyataan. Shah Rukh Khan seorang legenda, bintang dan sangat merendah diri. Bayangkan pukul 1 pagi menemuramah dia dalam kediamannya di Mannat dan dia membuatkan saya rasa Kuch Kuch Hota Hai," katanya.

Menerusi Twitternya juga, Jaa ke Mumbai dengan lutut kanannya yang retak akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini. Kami mendoakan supaya Jaa segera sembuh dan sihat seperti sedia kala.