Jangan Buang Resit KFC! Anda Boleh Dapat 10% Diskaun Bagi Pembelian Ayam Goreng Seterusnya!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Cuba periksa dompet anda. Masih simpan lagi tak resit KFC yang baru-baru ini anda beli? Kalau ada, hari ini mungkin hari bertuah anda!

Anda mesti tak percaya kalau kami beritahu yang resit KFC boleh digunakan untuk menebus diskaun membeli ayam… lagi?? Wah serius ah! 

Sumber: Giphy

Sebenarnya kami pun tak tahu sehinggalah info ini dihebahkan oleh seorang netizen baru-baru ini melalui perkongsiannya di laman Facebook. Menurutnya, hal ini sudah diketahui sejak tahun lepas lagi kerana dia seorang pemakan ayam tegar yang sering berkunjung ke restoran makanan segera tersebut. Patutlah!



Sejak dari itu barulah dia tahu yang resit ini boleh digunakan sebagai baucar yang menebus diskaun untuk anda membeli ayam goreng pada pembelian seterusnya!

Sumber: Facebook

Berikut cara-cara menebus diskaun yang dikongsikannya:

  1. Sebaik sahaja anda memperoleh resit KFC, kunjungi laman sesawang yang dinyatakan dalam resit tersebut (klik sini) dalam tempoh tiga hari resit diisukan
  2. Lengkapkan detail pesanan anda (boleh rujuk resit untuk ini)
  3. Lengkapkan maklum balas di laman tersebut
  4. Anda akan menerima kod validasi yang perlu anda catatkan ke atas resit (di ruang kosong)
  5. Bawa resit tersebut untuk menebus diskaun 10% untuk pembelian 3 ketul ayam untuk Eat in atau take away! (laku dalam tempoh 30 hari selepas resit asal diisukan) 
Sumber: Facebook

Waa lepas ni pakat simpanlah ye resit KFC! 

Malah tawaran di bahagian resit ini boleh didapati di Subway dan Pizza Hut juga! Haaa macam tak percaya, kan??

Jadi rajin-rajinlah periksa bahagian belakang dan bawah resit. Mana tahu ada diskaun menarik yang menanti anda!



Baca: “Bila dikira jumlahnya sudah berbeza. Bengang bukan kepalang…” 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari: