Jom Buat Sardin Sendiri, Paling Penting Lebih Jimat & Bebas Bahan Pengawet

Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai.Ia enak dimasak sambal, dijadikan inti sandwich mahupun dimakan dengan nasi panas-panas begitu sahaja.

Jika dulu sardin dianggap 'menu bajet' dan sering jadi pilihan kerana harganya yang agak murah, namun sekarang tidak lagi.

Buat penggemar sardin dan yang sering membelinya, seringkali mengeluh kerana harga satu tin sardin kian mahal dan tidak berbaloi dengan kuantitinya yang sedikit.

Kalau dah begitu, apakata cuba buat sendiri sardin di rumah dan yang paling penting ialebih menjimatkan dan bebas daripada bahan pengawet. Memang berbaloi.

Bahan-Bahan:

1 kg ikan sardin

2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)

3 ulas bawang putih (dipotong dadu)

1 inci halia (dihiris)

2 biji tomato (dipotong dadu)

1 sudu besar tomato puri

3 sudu besar sos cili

3 sudu besar sos tomato

2 sudu besar cili kisar

2 keping asam keping

1/2 cawan minyak masak

1/2 cawan Air

Sedikit garam dan perasa

Cara Membuat:

1.Tumis bawang besar, bawang putih,halia sebentar didalam periuk tekanan tinggi (presurre cooker)

2.Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati.

3.Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.

4.Tambahkan garam dan perasa.

5.Masukkan ikan dan tutup periuk. Set high pressure selama 60-90 minit.Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).

Siap!Boleh dihidang.

Info Ekstra:

1. Lepaskan 'pressure' perlahan-lahan dan buka penutup.

2.Sekiranya terlalu berkuah, boleh reneh sebentar (tanpa bertutup) untuk lebih memekatkan kuah.

3.Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.

4.Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.

5.Jika guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.

Sumber: Junaidah Bujang