KECOH! WANITA INI TERPAKSA BERSALIN DENGAN CARA PALING MENYEDIHKAN APABILA DIHALAU PIHAK HOSPITAL KERANA TIADA WANG….

Bagi pasangan yang sudah berkahwin dan isteri pula disahkan mengandung,pasti ia menjadi satu berita yang menggembirakan mereka. Namun begitu setelah sampai waktunya dan tarikhnya untuk bersalin, tidak semua jangkaan itu berlaku dengan normal dan baik. Begitulah juga dengan kisah sepasang suami isteri ini yang pernah viral di internet sebelum ini.

Kisah ini sudah berlaku beberapa bulan lalu namun apa yang berlaku kepadanya seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua sampai bila-bila. Kisahnya terjadi apabila wanita ini dan suaminya yang di kenali penduduk Filipina sebagai orang yang miskin dan homeless. Dia sudah pergi ke dua buah hospital untuk meminta bersalin tanpa sebarang cas.

Namun kedua-dua hospital itu telah menafikan haknya untuk bersalin dan memintanya keluar. Di sebabkan dia sudah sarat untuk bersalin, ketika keluar dari pintu hospital, dia terpaksa melahirkan bayinya dengan cara yang sangat menyedihkan di atas kerusi roda. Di situ beberapa orang jururawat yang sedih melihat keadaannya membantu sedaya upaya.

Rakaman video ketika bersalin itu juga menarik perhatian netizen rata-rata terkejut dengan insiden itu. Setelah selamat bersalin, suaminya membawanya ke tempat lain. Perkara yang mahu kita persoalkan di sini bukan semata-mata tentang wanita bersalin ini. Walaupun ia bukan satu perisitiwa baru, namun menjadi persoalan adakah tiada hati nurani pihak hospital kepada mereka dalam golongan ini?

Meskipun tiada wang untuk membayar perubatan, adakah wajar mereka di layan seperti itu sehinggakan terpaksa bersalin dalam keadaan yang yang menyayat hati begitu?

sumber: kisahdunia