KUALA LUMPUR- Universiti Putra Malaysia(UPM) telah menggondol tempat pertama bagi Kategori Organisasi(Pengurusan Harga Intelek Terbaik) bagi Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2017 di Grand Ballroom, Hotel Pullman Kuala Lumpur, Bangsar pagi tadi. Anugerah itu telah diterima oleh Naib Canselor UPM, Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Anugerah Harga Intelek MYIPO

Majlis anugerah ini telah dianjurkan buat kali ke-12 pada tahun ini dan bertemakan “Harta Intelek Mensejahtera Kehidupan Rakyat”. Majlis juga telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK), Yang Berbahagia Dato’ Seri Jamil Bin Salleh. Turut hadir memeriahkan majlis, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, serta Ketua Pengarah MyIPO, Dato’ Shamsiah Kamaruddin.

“Kita mahukan penyertaan yang lebih banyak lagi untuk masa akan datang supaya setiap rekacipta yang terhasil ini mendapat iktiraf”– kata YB Dato’ Seri Jamil di dalam ucapannya.

Tahun ini, sebanyak 528 penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur iaitu merupakan penyertaan tertinggi sejak penganjuran kali pertama pada tahun 2006 yang lalu.

Kata YB Dato’ lagi, beliau sangat berbangga dengan peningkatan jumlah penyertaan sebanyak 18% berbanding angka penyertaan pada tahun yang lalu. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah mula sedar tentang kepentingan rekacipta yang kreatif serta mempu menghasilkan produk yang bernilai tambah.

Tujuh kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Intelek yang telah dimenangi oleh UPM, Perekacipta Harta Intelek, dimenangi oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan kategori Perekacipta Muda Harta Intelak jatuh kepada Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Kelantan. Pemenang masing masing membawa pulang wang ringgit, piala pusingan, sijil penghargaan serta lain lain.

Anugerah Harga Intelek MYIPO

Antara kategori lain ialah kategori Paten, Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi, Reka Bentuk Perindustrian, Harta Intelek Sektor Koperasi dan anugerah Khas YB Menteri KPDNKK.

Pemenang dipilih berdasarkan penyertaan yang paling banyak dan penghasilan rekacipta yang membawa banyak manfaat kepada pengguna yang lain.

Anugerah ini juga merupakan satu pengiktirafan pihak Kerajaan kepada indivitu-individu dan juga organisasi yang bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan harta intelek serta pertumbuhan ekonomi negara.

Turut disediakan kawasan Pameran Pemenang Anugerah Harta Intelek Negara 2017. Di kawasan pameran tersebut terdapat hasil rekacipta para pemanang untuk tontonan para tetamu yang hadir. YB Dato’ Seri Jamil juga turut mengambil peluang untuk melihat pameran yang disediakan.

Anugerah Harga Intelek MYIPO

Anugerah Harga Intelek MYIPO

Majlis ini juga turut dimeriahkan lagi dengan nyanyian koir daripada pasukan koir MyIPO, persembahan seksofon oleh Encik Aliff serta nyanyian merdu oleh Johan pertandingan DuoStar, Erni Zakri.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Loading...