Lelaki Tiba-tiba Pengsan Dalam Gelanggang dan Meninggal Dunia Ketika Bermain Badminton

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Kita disarankan untuk melakukan aktiviti sihat dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan badan dan kesihatan. Namun, jangan pula memaksa diri untuk bersukan ketika anda di dalam keadaan tidak sihat kerana ia boleh membahayakan nyawa anda.

Baru-baru ini, sebuah video di Facebook tular menunjukkan seorang lelaki jatuh pengsan di dalam gelanggang ketika sedang bermain badminton bersama rakan-rakan. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Jakarta, Indonesia.

Sumber: Facebook

Pengguna Facebook yang berkongsi video itu berkata,



“Nama lelaki itu adalah Herman dan berusia dalam lingkungan 40-an. Dia mempunyai rutin mingguan bermain badminton pada setiap hari Selasa jam 6 hingga 8 pagi di Gelanggang Olahraga Sunter (GOR) tetapi dia pengsan dan meninggal dunia ketika sedang bermain dalam perlawanan kedua.”

Rupa-rupanya, Herman dikatakan tidak sihat sebelum perlawanan bermula, namun dia tetap meneruskan perlawanan itu. Ketika perlawanan pertama, dia bermain seperti biasa namun tragedi itu berlaku ketika perlawanan kedua. Rakaman CCTV menunjukkan Herman pengsan ketika mahu melakukan servis.

Sumber: Facebook

Terkejut dengan apa yang berlaku, rakan-rakan segera mendapatkannya dan mengejutkan Herman namun dia terbaring di atas lantai tanpa pergerakan. Sebuah lagi video yang dimuat naik menunjukkan Herman diusung oleh rakan-rakannya ke sebuah kereta yang sedang menunggu bersama-sama dengan peralatan perubatan kecemasan.

Malangnya, ketika tiba di Hospital Mitra Kemayoran, semuanya sudah terlambat dan Herman disahkan telah meninggal dunia. Punca kematian dipercayai disebabkan oleh kegagalan jantung berfungsi namun laporan rasmi berkenaan kematiannya masih belum dikeluarkan.

Sumber: Facebook

Netizen yang memuat naik video itu turut mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati ketika melakukan aktiviti sukan yang memerlukan tenaga dan kecergasan fizikal.



“Jika anda rasa sakit atau penat, jangan seksa diri dan berhenti rehat secepat mungkin. Jika tidak, akibat yang bakal anda terima boleh membahayakan.”

Jangan penatkan diri anda secara berlebihan. Pastikan anda tahu bila untuk berhenti!

Tonton video di bawah ini:

Takziah diucapkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga Herman.

Baca: Wanita Meninggal Dunia Selepas Telan Pil Ekstasi Logo ‘Like’ Facebook di Johor Bahru



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari: