Metro@7 - 17 Julai 2017 [METROTV]

•Bekas Pengurus Eksekutif serta Pengurus Unit Pentadbiran dan Kewangan di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka disambung reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan RM4 juta milik agensi terbabit.

•Bekas Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Terubong didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown, kerana mencabul seorang wanita pada 6 Julai lalu.

•Hanya lapan jam beroperasi, Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) Fasa Kedua sudah menerima lebih 100,000 penumpang pada hari pertama pembukaan.

•Pameran Hartanah MyRumah 2017 anjuran The New Straits Times Press Bhd (M) Bhd (NSTP) yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos hadapan dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

•Sebanyak RM935 juta bakal dilaburkan Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) bagi membangunkan sekolah antarabangsa, The Shattuck St Mary.