Mia Ahmad Mengamuk Dituduh Tak Percayakan Suami Sendiri!

‘BENGANG’ dikatakan sering spot check suaminya di padang semasa sesi latihan bola sepak, pelakon Mia Ahmad memuat naik satu status membidas kembali dakwaan tersebut.

Pelakon itu menafikan dakwaan sebuah blog yang seakan-akan mengatakan dia tidak percayakan kejujuran suaminya dan selalu ‘menempel’ di latihan pasukan bola sepak suaminya yang merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Dakwa blog itu lagi, Mia kononnya melakukan tindakan tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Mia yang geram dengan tuduhan tersebut tampil memberi penjelasan menerusi akaun Twitternya semalam.

“I have something better to do, Kalau nak spot check saya tak ambik job dan tinggalkan suami saya sendiri di JB ni,” tulis Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi.

Menerut Mia, apa yang ditulis oleh blog Terenggan Times itu sama sekali tidak benar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, dia hairan dari mana berita tersebut tersebar sehingga dirinya dituduh sebegitu.

Selain itu, Mia turut meluahkan rasa geramnya di Instagram dengan memberi nasihat kepada empunya artikel yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang tiada kesahihan.

Mia juga sempat meyindir penulis blog berkenaan dengan mengatakan.”Penulis yang bukan datang daripada mulut saya sendiri adalag FITNAH. Jaga-jaga wahai yang menulis. #SpreadLoveNotWarPlease”.

Dalam pada itu, Mia juga turut berkongsi kapsyen terbaru di Instagramnya dan mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan berkongsi berita yang tidak benar.

Begitulah ada resam menjadi artis; ramai yang tidak senang duduk apabila pasangan popular bahagia bersama. nak buat macam mana kan, Mia? Semuanya sebahagian harga yang perlu dibayar untuk mengecapi kemahsuran!-MYNEWSHUB.CC


 

Loading...