MMA Fighter Tunjuk Hebat Mahu Berlawan Dengan Pengawal Keselamatan Tetapi Berjaya Dikalahkan Dengan Mudah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Semalam, beberapa video telah dimuat naik di Facebook oleh Discover Subang Jaya yang menunjukkan seorang lelaki berbadan sasa cuba berlawan dengan pengawal keselamatan menjadi tular.

Melalui video itu, lelaki tersebut yang juga seorang MMA fighter dirakam berada dalam keadaan tegang bersama dengan seorang pengawal keselamatan yang tubuhnya jauh lebih kecil berbanding saiz badan lelaki itu.

Status tersebut bertulis,



“Siaran langsung dari kondominium USJ ONE. MMA fighter cuba berlawan dengan pengawal keselamatan yang tidak membenarkannya naik ke kondominium.”

MMA fighter itu dapat dilihat melalui video berkenaan sedang mengejek pengawal keselamatan tersebut yang turut sama melawan semula. Namun, perkongsian tersebut tidak menyatakan alasan mengapa pengawal keselamatan berkenaan tidak membenarkannya masuk ke kondominium tersebut dan juga bagaimana tercetusnya pergaduhan itu.

Namun, melalui video kedua, lelaki berbadan sasa itu dilihat sudah mula membuat serangan. 

Dia telah menghayunkan kaki untuk menendang perut pengawal keselamatan tersebut namun, ternyata ramai netizen terkejut apabila pengawal itu telah berjaya menangkap kakinya semula untuk menghalang dia dari terus bergerak. Akhirnya, kedua-dua mereka terjatuh di atas lantai.

Dua pengawal keselamatan lain yang berada di lokasi kejadian kemudian membantu untuk memberkas lelaki tersebut. Haaa tula, berlagak hebat lagi.



Sumber: Facebook

Rata-rata netizen yang melihat rakaman tersebut menyebelahi pengawal keselamatan itu kerana memahami bahawa dia hanya menjalankan tugasnya.

Di dalam dua video terakhir, empat pengawal keselamatan tadi dilihat menahan lelaki tersebut dan mengikat tangannya dengan tali. Gambar terakhir pula menunjukkan sebuah kereta polis yang tiba untuk menahan MMA fighter tersebut.

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Kekerasan bukan jawapan atau jalan keluar kepada semua masalah. Lagi satu, tak perlu lah nak menunjuk-nunjuk jika ada bakat fighting!

Baca: Lelaki Diugut Pukul Oleh Pengawal Keselamatan Kurang Ajar Kerana Salah Faham

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari: