Pakai Wechat Senang Pasai Nanti Bini Tak Nampak Kita Online Suami Orang Berstatus Pak Cik Yang Terlibat Dalam Cinta Wechat Dengan GadisGadis Muda

3.jpg

Bahana WeChat

Harini nak cerita pasal WeChat, berdasarkan pengalaman sendiri. Ops. Saya bukan budak wicet ya. Cuma dulu ya pernah ada tapi Nanti dulu. Jangan judge lagi. Saya main jugak wechat tapi bukan untuk tujuan berkenalan dengan orang yang tak dikenali. Friend list saya pun dari kalangan kawan-kawan yang saya kenal, mostly perempuan. Jadinya nak cakap saya tak guna wechat ke arah yang sesat. Okay sambung cerita.

Rasanya memang dah ramai sedia maklum dengan bahana wechat ni, tapi saya saja lah nak share pengalaman sendiri. Mana tahu ada yang boleh ambik iktibar dan boleh lebih berhati-hati lagi selepas ni.

Saya bekerja di sebuah kedai telefon di sebuah kawasan kampung. Kat pekan kampung tu. Saya bekerja di sini dari umur 19 tahun, waktu habis asasi. Dan setiap kali cuti saya akan kerja sini, sampai lah ke hari ini sebab tengah cuti semester. Kebanyakan pelanggan di sini adalah dari kalangan penduduk kampung sekitar sini juga, dari pelbagai peringkat umur. First impression bila tengok pakcik pakcik ni semua celik IT(semua pakai phone touchscreen), saya rasa impressed lah. Tapi lama kelamaan tu, bila seorang demi seorang datang sebab phone ada problem, contohnya phone hang, tak boleh receive gambar, whatsapp tak boleh buka, wechat tak boleh cari kawan dan sebagainya, saya perhati satu benda. Pakcik-pakcik ni semua gemar sangat berWechat.

Dan tahu apa yang saya jumpa dalam inbox dorang? Perempuan perempuan. Ya. Bukan seorang perempuan ya tapi ramai perempuan. Yang muda, yang dah tua tapi mungkin masih belum kahwin, macam macam jenis perempuan lah saya tengok melalui profile picture mereka tu. Oh, saya tak baca conversation mereka ya. Sekali pun tak pernah. Dah pakcik tu mintak saya betulkan masalah dalam wechat dorang, saya cari la mana punca dan secara automatik lah saya ternampak. Jangan kecam part ni. Saya bukan trespasser. Saya masih hormat privasi orang.

Okay sambung, nak dijadikan cerita kadang-kadang pakcik pakcik ni semua minta kita topupkan awek awek mereka tu Yee.. saya topupkan je lah. Tapi saya tak cakap apa pun lah. Dalam kepala duk fikir, kesiannya isteri dorang ni kat rumah, taktahu apa apa. Taktahu yang suami dorang ni ada mesej dengan perempuan lain di belakang dorang. Sedih tahu. Sebagai perempuan, saya faham perasaan tu.

Tapi apa boleh buat? Hanya mampu diam dan berdoa je semoga pakcik ni semua insaf satu hari nanti. Macam macam lah yang saya dah saksikan. Dah berapa lama saya kerja kat sini, macam macam jenis orang tua saya jumpa. Yang gatal merla, yang tak sedar diri dah tua tapi sibuk nak mengorat anak dara orang, yang kaki perempuan, macam macam. Padahal dah tua tu semua. Aduhai. Salah satu alasan kenapa dorang suka pakai wechat adalah, orang lain tak nampak mereka online. Ini diakui oleh seorang pakcik customer juga ya. Ayatnya begini lebih kurang pakai wechat senang, pasai nanti bini tak nampak kita online. Ok.

Lagi satu cerita, ni pasal kawan ibu saya. Dia baru kahwin, dia isteri kedua. Dia cakap dia kenal suami dia through WeChat. See. Wechat. Again. Katanya, mula mula chat biasa ja. Tahu ja dia suami orang. Tapi lama lama tu Taknak sambung. Biasalah lama lama dah termakan ayat semanis madu lelaki tu lah. Then kahwin, isteri pertama dia meroyan. Taktahu lah jadi apa sekarang huhu saya doakan yang terbaik je.

Kesimpulannya kat sini, saya nak pesan. Tolong lah perhatikan apa yang suami/pasangan korang buat dengan telefon dia tu. Jangan ingat muka dia sesuci lebaran dia tak boleh curang. Aip no no. Pakcik yang saya jumpa tu semua pun muka baik je alahai muka masjid gituu tapi ada udang disebalik batu. Bukan nak ajar korang tak percaya pasangan, tapi kalau korang rasa something fishy tu bawa lah berbincang. Communication is the key to a healthy relationship. Cewah.

Kepada ibu bapa yang ada anak yang sedang membesar, pun perlu pantau aktiviti anak anak di telefon pintar mereka. Banyak benda kita boleh buat untuk avoid greater harm, contohnya hide aplikasi YouTube dan sebagainya. Saya sendiri hide YouTube kat phone ibu sebab adik suka main. Adik saya umur 8tahun and haritu ternampak dia buka YouTube, tengok mv Sia. Belum masanya lagi dik. Hehe. Hide je apa yang boleh hide. Uninstall apa yang boleh uninstall. Cegah apa yang boleh dicegah. Semua untuk kebaikan masa hadapan. Semua untuk kebaikan kita bersama.

Kepada yang menggunakan wechat, gunalah untuk kebaikan. Jangan buka ruang perkenalan kepada orang yang anda tak kenali, terutamanya lelaki(bagi pengguna perempuan). Bahaya dia, korang tak nampak. Tapi pasti ada.– Pen Merah Press

Oleh: Mrs. N (IIUMC)

Sumber: penmerahpress