Pelajar UTHM Cuma Makan Nasi Dan Kuah Kosong Sahaja??

STUDENT dan masalah kewangan memang takkan dapat dipisahkan. Bukan semua orang bernasib baik, celik saja mata.. Semua sudah ada depan mata.

Itulah apa yang telah berlaku ke atas beberapa orang pelajar Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) dekat Batu Pahat, Johor.

Umum mesti sudah mengetahui bahawa UTHM bukan lah kolej awam yang menawarkan yuran pengajian berharga ratusan ringgit. Tetapi satu semester sahaja sudah memakan belanja ribuan ringgit.

Baru- baru ini Encik Suhaizan Kayat iaitu selaku Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor telah memuat naik video ketika beliau sedang meninjau keadaan pelajar UTHM ini di gerai makan. Luluh hati Suhaizan apabila pemilik gerai terbabit, Encik Baharudin Omar, 55 berkongsi dengannya bagaimana cara sesetengah pelajar UTHM ini berbelanja di gerainya.

“Allahuakbar, kalau lihat kebanyakan mereka ini asalnya keluarga yang tidak berkemampuan. Ada juga student yang makan nasi bersama kuah dan air kosong yang berharga RM1. Kalau nasi dan sayur RM1.50. Ada juga yang makan nasi sahaja.”- kata Baharudin.

“Bagi pelajar PTPTN kalau diikutkan cukup sebenarnya pembelanjaan kami untuk mkn, bil2, rumah sewa dan sbgai nya. Sebab saya pun pelajar UTHM.. Alhamdulillah.. semua keperluan dan kehendak sangat mencukupi dengan syarat, pembelanjaan kenalah betul dan peka terhadap situasi dan ekonomi masa kini.. yang penting, pandai menguruskan wang dengan sebaiknya.. Bapak saya pun pernah berpesan, kalau duit habis ke makanan tak apa.. jgn berhabiskan dekat benda yang tak berfaedah itu bala… Sekian, terima kasih”– komen Iskandar Zulkarnaen di portal malaysiareview

Kasihan pelajar ini semua bila dikenangkan keperitan mereka untuk terus hidup dengan ekonomi yang semakin gawat ini.

Tidak kisah lah anda pelajar universiti mahupun kolej apa sekalipun, sentiasalah beringat bahawa setiap orang berasal daripada latar belakang yang berbeza. Bersyukurlah anda jika anda daripada keluarga yang senang-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Jelajah Live Bongkar: Student UTHM hanya makan nasi dan kuah RM1 sahaja utk jimatkan kos.

Posted by Suhaizan Kayat on 5hb Julai 2017

Loading...