Pemuda 30 tahun Cipta Laman Web Tempahan Hotel 'Muslim-Friendly'

Pemuda 30 tahun Cipta Laman Web Tempahan Hotel 'Muslim-Friendly'

Gambar: Facebook Syahril A. Kadir

Apa pilihan anda untuk mencari hotel idaman ketika merancang untuk bercuti? Terlalu banyak laman web dan aplikasi tempahan hotel yang ada kini antaranya Booking, Agoda, Trivago dan sebagainya. Namun bagi yang beragama Islam, mungkin ada diantara anda yang risau mengenai makanan halal, arah kiblat dan sebagainya.

Bagi anak muda berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Sydney, Australia ini, dia telah memudahkan urusan kita mencari hotel yang mesra muslim dengan membangunkan satu laman web tempahan hotel dimana fokus utamanya, memenuhi keperluan pelancong beragama Islam.

Faeez Fadhillah, 30, yang berasal dari Kuala Lumpur, telah mencipta laman web Tripfez bagi urusan tempahan hotel yang membantu pelancong beragama Islam untuk menginap dan menikmati makanan halal ketika berada di luar negara. Atas kejayaan ini jugalah, Faeez telah tersenarai sebagai 10 rakyat Malaysia tersenarai dalam senarai 30 anak muda bawah 30 tahun Asia kelolaan Forbes tahun 2016.

Meliputi hampir 190 negara di seluruh dunia, laman web ini juga akan memberikan panduan waktu solat sepanjang anda berada di negara yang dilawati beserta senarai restoran-restoran halal berhampiran hotel yang anda menginap. 

Tidak kira dimana jua destinasi anda, hotel lima bintang ataupun hotel bajet, semuanya ada di dalam Tripfez.