Pendeposit SSPN-i Boleh Lakukan Transaksi Di ATM Bank Rakyat

KUALA LUMPUR – Pendeposit SSPN-i kini boleh melakukan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang automastik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan khidmat ‘cash-in and cash-out’ (CICO) Bank Rakyat di seluruh negara.

Bank Rakyat dalam kenyataannya hari ini berkata bank itu merupakan bank pertama yang menawarkan perhidmatan khidmat  SSPN-i secara ekektronik menerusi ATM, CDM dan CICO.

“Pelanggan SSPN-i boleh menyemak baki, mengeluar atau membuat deposit tunai dan memindahkan dana yang sebelum ini hanya boleh diilakukan di kaunter PTPTN dan Bank Rakyat sahaja,” katanya.

Pelanggan boleh menggunakan  Kad-i Bank Rakyat antara 6 pagi dan 12 malam. – BERNAMA

Loading...