Petua Mudah Untuk Hapuskan Rumput Liar Di halaman Rumah Dengan 2 Bahan Ini Sahaja..

Pastinya rumput liar di halaman rumah akan menjejaskan pemandangan rumah kita yang cantik. Ikuti petua untuk menghapuskan rumput liar di halaman rumah dengan 2 bahan ini sahaja.
Rumput liar, siapa yang boleh tahan jika ia 'menghiasi' kawasan halaman rumah? Tips ini telah dikongsikan oleh seorang netizen, Lucius Maximus menerusi laman Facebook.

Bahan-bahan:
1. Cuka masakan
2. Sabun pencuci pinggan
3. Alat penyembur

Cara-caranya:
1. Tuang cuka masakan sebotol ke dalam alat penyembur.
2. Masukkan 3 atau 4 sudu besar sabun pencuci ke dalam alat penyembur. 
3. Semburlah pada bahagian rumput liar yang anda ingin hapuskan sepuas hati. 

  • Cuka masakan mengandungi asid asetik yang sangat tidak 'ngam' dengan pelbagai jenis tumbuhan.
  • Sabun pencuci pinggan bertindak sebagai ejen pelekit agar cuka tadi melekit elok pada tumbuhan. 
Selamat mencuba!