Ragam Di Ofis, Manager Tikam Belakang…

KENANGAN terindah merupakan satu moment yang takkan kita lupakan. Selepas penat lelah belajar di universiti, kini tiba masanya untuk meniti ke alam pekerjaan.

Macam-macam ragam yang kita dah tempuh selama di zaman belajar, dan ragam yang lain pula bakal di lalui di alam pekerjaan.

Itulah yang sedang dilalui oleh seorang gadis muda yang dikenali sebagai Elieca di akaun Twitternya.

Walaupun pada mulanya banyak cerita buruk yang didengari tentang manager barunya ini, Elieca tetap positive dan cuba untuk membiarkan saja rumors itu.

Tiba waktu untuk dia terkena dengan mulut longkang managernya apabila dia dituduh membawa mulut tentang rakan sekerja yang lain.

“Mana kamu dengar gossip ni? Itu lah kamu suka burukkan saya depan org lain”– kata pengurusnya
“Jgn rpt dgn elieca jgn kwn dgn elieca jgn baik dgn elieca”-kata pengurusnya lagi kepada staff yang lain.
“Terpulang dgn korg nak percaya sapa but aku adalah diri aku yg korg nampak. Jahat ke baik ke itulah aku”-ulas Elieca kepada rakan sekerjanya

Walaupun pada mulanya dia agak sakit hati namun lama kelamaan dia hanya membiarkan mulut longkang ‘nenek tua’ itu.

Kini tiba masa untuk si ‘nenek tua’ mendapat nasib apabila salah seorang pekerja baru telah melaporkan tentang perbuatan buruknya kepada pihak atasan. Kerana rasa tidak puas hati, manager berkenaan telah menuduh mereka suka cakap belakang dan gossip tentang dirinya.






Itulah dugaan dan cabaran yang semestinya akan kita hadapi ketika di alam pekerjaan. Cuba untuk hadapi setiap masalah dengan tenang

Jadi dewasa ini bukannya mudah, bukan macam zaman sekolah dulu. Sekarang, semua benda kena buat sendiri…-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Loading...