Sebutan Semula Kes 14 Ogos, 13 Tertuduh Kes Arwah Zulfarhan Dibebas Dengan Ikat Jamin Manakala Enam Lagi Dihantar Ke Penjara

Sebutan Semula Kes 14 Ogos, 13 Tertuduh Kes Arwah Zulfarhan Dibebas Dengan Ikat Jamin Manakala Enam Lagi Dihantar Ke PenjaraSebutan Semula Kes 14 Ogos, 13 Tertuduh Kes Arwah Zulfarhan Dibebas Dengan Ikat Jamin Manakala Enam Lagi Dihantar Ke Penjara

Masih lagi ingat kes Zulfarhan Osman Zulkarnain? Mahkamah Majistret hari ini telah menetepkan 14 Ogos untuk sebutan semula kes 19 Penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap rakannya itu pada Mei lepas.

Kesemua ahli keluarga tertuduh hadir di mahkamah dan galeri awam penuh sehingga ada yang duduk di atas lantai mahkamah bagi mengikuti perkembangan terbaru kes yang mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Pada 14 Jun lepas, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman dengan niat untuk mendapatkan pengakuan dari mangsa yang dituduh mencuri sebuah komputer riba.

Kes tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga pelbagai spekulasi timbul mengenai kes tersebut. Mereka semua melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik 03-5 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi di antara jam 2.30 pagi dan 5.30 pagi dan di bilik 04-10, asrama yang sama antara 1.30 pagi dan 4.30 pag pada 22 Mei lepas.

Sebutan Semula Kes 14 Ogos, 13 Tertuduh Kes Arwah Zulfarhan Dibebas Dengan Ikat Jamin Manakala Enam Lagi Dihantar Ke PenjaraSebutan Semula Kes 14 Ogos, 13 Tertuduh Kes Arwah Zulfarhan Dibebas Dengan Ikat Jamin Manakala Enam Lagi Dihantar Ke Penjara

Tiga belas tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin oleh mahkamah majistret. Lima lagi tertuduh yang juga suspek utama ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri pula menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan dan seorang lagi tertuduh Abdoul Hakeem Mohd Ali pula dengan pertuduhan bersubahat untuk membunuh.

Keenam-enam mereka dituduh di bilik 04-10, asrama sama pada jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei. Mereka tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin dan mereka ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala seorang lagi dihantar ke Penjara Kajang. – www.kakishare.my