Seorang Ayah Tua dan Uzur Telah Berjalan Jauh Setiap Hari Utk Minta Makanan Rupa2nya Makanan Itu UNTUK

Seorang Ayah Tua dan Uzur Telah Berjalan Jauh Setiap Hari Utk Minta Makanan Rupa2nya Makanan Itu UNTUK

Seorang Ayah Tua & Uzur Telah Berjalan Jauh Setiap Hari Utk Minta Makanan. Rupa2nya Makanan Itu UNTUK.. !!!| Seorang warga emas menunjukkan tauladan yang baik kepada semua bahawa kasih sayang itu perlu ditunjukkan tanpa mementingkan diri. Datuk ini mengorbankan dirinya yang telah uzur dengan sanggup berjalan berbatu-batu semata-mata untuk menjaga dan memberi keperluan harian anak-anak perempuannya yang kurang upaya.

Datuk tua bernama Nong Arunting ini tinggal di satu tempat terpinggir di Barangay Tiguib Ayungon, wilayah Negros di Filipina. Warga emas yang tidak diketahui umurnya ini bukanlah seorang gelandangan tetapi dia selalu meminta makanan dari orang kampung.

Keadaannya sudah uzur dengan menghadapi kesukaran untuk berjalan seperti mana orang lain. Tetapi dia tetap berjalan berbatu-batu setiap hari tanpa gagal. Perjalanannya di jalan biasa mengambil masa 30 minit dan menaiki bukit bukau yang sukar selama 30 minit lagi.

Warga emas ini berjalan agak jauh , dengan perjalanan yang menjadi rutin setiap hari semata-mata untuk bertemu dengan dua orang anaknya yang kurang upaya. Itu antara sebab mengapa dia meminta makanan dari orang kampung setiap hari. Kerana mahu memberi anak-anak perempuannya yang disayangi dengan sedikit makanan.

Katanya , Tuhan sentiasa melindungi saya kerana saya tidak mengambil kesempatan. Ramai rakan yang lain telah meninggal dunia dan hanya saya sahaja yang tinggal. Dan dengan umurnya yang panjang itu memberinya kesempatan untuk menjaga anak-anak perempuannya yang kurang upaya. Amat mengharukan. Walaupun dirinya sendiri tidak berupaya, datuk Nong ini sanggup berkorban demi anak-anaknya yang kurang upaya itu.

Melihat akan situasi ini , penduduk kampung yang berasa simpati telah berkumpul dan mengambil keputusan untuk meringankan beban warga emas ini. Pada suatu hari mereka bertanya pada datuk ini, Datuk, kamu nak kami buatkan rumah baru tak? Sangat baru! Supaya datuk tidak lagi naik ke atas bukit itu dan berpisah dengan anak datuk.

Datuk Nong pun menjawab , Oh, mahu. Dan mereka semua telah berganding bahu membina sebuah rumah kecil di sebuah tapak yang selesa dan dekat dengan rumah penduduk kampung yang lain. Setelah rumah itu siap. Kedua-dua orang anak perempuan datuk Nong telah dibawa turun dari pondok buruk di atas bukit dan dipindahkan ke rumah baru tersebut untuk tinggal bersama bapa mereka.

Sumber:Era Baru

The post Seorang Ayah Tua & Uzur Telah Berjalan Jauh Setiap Hari Utk Minta Makanan. Rupa2nya Makanan Itu UNTUK.. !!! appeared first on SIAKAP KELL.

Sumber: 1citemalaya

Sumber: 1citemalaya