Siapa Penembak Lebih Hebat, KJ Atau TMJ?

SEPERTI yang semua sedia maklum, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah ditauliahkan sebagai Brigadier Jeneral dalam Rejimen 503 Askar Wataniah.

Ahli Parlimen Rembau yang berusia 41 tahun itu dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigadier Jeneral  dan ia mula berkuat kuasa pada 14 Januari 2015.

Pelantikan itu sekali gus menjadikan Khairy menteri pertama berpangkat Brigedier Jeneral sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah dan kekal menjadi Komender Rejimen yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan.

Sejak ditauliahkan, Khairy sering berkongsikan pengalamannya mengikuti latihan seperti berkawad, menembak dan merempuh halangan di beberapa kem di Negeri Sembilan dan Johor.

Terbaharu di laman Instagram Ketua Pemuda Umno itu, beliau turut berkesempatan memuat naik satu rakaman beliau sedang melakukan aksi ‘tembak tepat’ ketika menjalani sesi latihan di Lapang Sasar Lapang Sasar Sungai Menyala.

Netizen khususnya di laman sosial ternyata begitu mengagumi kebolehan anak kelahiran Negeri Sembilan itu yang mampu mengendalikan raifal M4 secara baik dengan jarak ratusan meter.

Bagaimanapun, kehebatan aksi tembak tepat yang dipaparkan Khairy ternyata mula ‘dicabar’ oleh seseorang yang juga memiliki pangkat Brigedier Jeneral, siapa lagi kalau bukan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers mula melancarkan ‘perang dingin’ memaparkan bagaimana latihan ketenteraan yang dilaluinya setiap minggu bersama angkatan tentera Johor di Kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Menariknya dalam video berkanaan TMJ ada mengatakan; So di sini tiada orang yang pakai pangkat free, yang mana ianya mungkin secara sinis merujuk kepada Khairy.

Di penghujung rakaman, TMJ turut melakukan demonstrasi tembak tepat menggunakan senapang HK MP5 dari jarak dekat dan dapat dilihat, skill tembakannya boleh dikatakan lebih pantas daripada Khairy. – MYNEWSHUB.CC

Loading...