Sisa Kulit Telur Jangan Dibuang, Manfaatkan Sepenuhnya Jadikan Baja Organik

Pelbagai jenis baja berada dipasaran yang boleh dijadikan sebagai 'makanan tambahan' buat pokok-pokok mahupun tanaman kesayangan agar menjadi lebih subur,segar dan membesar dengan sihat.

Selain dibeli,baja juga boleh dihasilkan sendiri dan menariknya ia cukup mudah didapati di dapur rumah je.Contohnya, kulit telur ni.

Telur yang telah digunakan, jangan pula dibuang kulitnya. Ini kerana sisa kulit telur tersebut juga bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai baja organik buat pokok-pokok mahupun tanaman di rumah.

Menerusi perkongsian Norisniyati Abdul Hamid beliau berkongsi cara menghasilkan baja organik daripada sisa kulit telur yang cukup mudah dilakukan. Apa yang penting ia selamat digunakan, menjimatkan kos dan paling penting ia kulit telur dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Takde lah dibuang begitu sahaja.

Bahan-Bahan:

Kulit Telur

Cara Membuat:

1.Basuh kulit telur tersebut.

2.Jemur kulit telur pada cahaya matahari.

3.Tumbuk hancur kulit telur tersebut menggunakan lesung batu.

4.Taburkan pada pokok/ tanaman seminggu sekali.

Siap! Selamat Mencuba!

Sumber:Norisniyati Abdul Hamid (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)