Suami Tetak Isteri di Beaufort Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit di Facebook

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Suami mana yang tak cemburu kalau isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Namun wajarkah si isteri dihukum sehingga mengakibatkan kecederaan yang melampau seperti apa yang berlaku baru-baru ini?

Dalam satu kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki telah menetak isterinya sehingga cedera parah menggunakan parang. Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi di belakang kedai runcit Kampung Bawan, Membakut, Beaufort, lapor Harian Metro.

Suspek yang naik angin kerana menyangka isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain di laman Facebook telah menetak mangsa menggunakan parang pada bahagian bahu kanan dan kedua-dua belah tangannya.



Sumber: Facebook

Selepas mangsa ditetak, suspek telah pergi ke rumah anak saudaranya untuk memaklumkan hal tersebut. Sebaik saja mendengar pengakuan suspek, anak saudaranya bertindak menangkap suspek yang cuba untuk melarikan diri. Eh dah mengaku nak lari pulak!

Salah seorang daripada anggota keluarga suspek yang mengetahui akan hal itu telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemui tubuh mangsa dalam keadaan berlumuran darah. Dia seterusnya menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Beaufort.

Sumber: Facebook

Suspek yang berusia 52 tahun itu pula berjaya diberkas pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Membakut.

Menurut salah seorang dari anak mangsa, suspek dan ibunya sudah mula bertengkar semenjak awal tahun 2017 lagi dan ibunya sering meminta cerai, namun bapanya enggan melepaskan mangsa. Namun pada Februari lalu, ibunya keluar dari rumah dan tinggal di kedai runcit yang hanya terletak 20 meter dari rumah mereka.

Menurut pihak polis, mangsa kini telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut, manakala suspek dan parang yang digunakan untuk mencederakan mangsa itu telah dibawa ke IPD Beaufort.



Gambar hiasan

Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Setialah pada yang satu. Jangan curang dengan pasangan anda! 

Baca: Lelaki Belasah Teman Wanita Hingga Maut Kerana Sangka Wanita Itu Curang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari: