Suntikan Vitamin C Tidak Dibenarkan!

KEBANYAKAN wanita ingin mempunyai kulit yang putih. Bagi golongan ini, kulit putih dianggap akan membuatkan mereka kelihatan cantik dan menarik. Salah satu cara singkat untuk mendapatkan kulit yang putih mulus ialah dengan mendapatkan suntikan vitamin C.

Tapi tahukah wanita sekalian bahawa suntikan vitamin C adalah dilarang serta tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)

Ianya akan mendatangkan banyak kemudaratan daripada kebaikan.Antara kemudaratannya ialah jangkitan pada kulit, salur darah dan juga kerosakan buah pinggang.

Dah banyak sangat klinik yang menawarkan servis suntikan vit. C ini. Anda pula dengan perasaan teruja terus tergoda dengan servis tersebut.

Untuk pengetahuan, suntikan vitamin C ini adalah tidak dibenarkan dijual di Malaysia. Tiada sebarang produk vitamin C yang berdaftar di Malaysia. Jadi apa sebenarnya yang disuntik ke dalam badan anda?(Jika anda sudah
mengambil suntikan vitamin C tersebut)

Kenyataan iti telah dikongsi oleh seorang Dr. Khairul Hafidz di akaun twitternya @khairul_hafidz

Produk kosmetik yang bertujuan untuk mencerahkan kulit juga dikesan mengandungi bahan terlarang. Bahan itu dikesan mengandungi campuran bahan racun dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Amaran kepada semua wanita agar lebih berhati hati dalam memilih produk kecantikan.

Bukan mudah untuk cantik. Memang orang kata beauty is pain. Tapi sanggupkah anda menderita kerana kesan sampingan akibat jalan mudah yang telah anda pilih?

Sebelum ini pun dah kecoh tentang kesan sampingan pengambilan vitamin C. Tapi masih ramai lagi yang tak sedar dan masih mahu cantik dengan cara mudah dan membahayakan diri sendiri.

Renung-renungkan dan selamat cantik!-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Loading...