TKP JPJ pun kena saman

TIMBALAN Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob didenda RM600 di Mahkamah Majistret Putrajay, hari ini, atas kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Yusoff iaitu Orang Kena Saman (OKS) tidak hadir ke mahkamah dan diwakili pegawai khasnya, mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan.

Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Selain itu, mahkamah memerintahkan OKS menjalani tambahan hukuman penjara tujuh hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan kes berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Muhd Hafizuddin Mohd Lutfi.

Difahamkan, Yusoff tidak hadir ke mahkamah kerana menghadiri perhimpunan di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya.