Video: Parodi ‘I Am Me’ Buat Netizen Pecah Perut

MESKIPUN menerima banyak komen sama ada positif dan negatif, namun lagu nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang berjudul ‘I Am Me’ ternyata menjadi siulan ramai.

Boleh dikatakan hampir di semua platform media sosial, ada sahaja pengguna yang akan berkongsikan klip video lirik lagu berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang tidak asing lagi namanya menerusi aksi-aksi video parodi, @TheFaizRoslan menjadi sebutan ramai gara-gara aksinya yang mencuit hati menerusi video parodi I Am Me.

Rata-rata pengikut laman sosial memberikan komen mengatakan mereka terhibur dengan gelagatnya yang menari dengan gaya selamba di setiap sudut di dalam rumahnya sambil mengibarkan skirt kembang merah jambu yang dipakainya.

Kaitan: I Am Me Ke Ayam Mi? Netizen Persoal Sebutan Dato’ Vida

Tidak kurang juga memintanya agar tidak terlalu ‘memalukan’ diri ekoran aksinya yang seakan memperlekehkan pemakaian muslimah.

Video yang bertajuk I Am Me – Dato’ Seri Vida (Parody) yang dimuat naik sejak 7 Julai itu kini sudah mencecah lebih 93,000 tontonan.

Sementara itu, video rasmi lirik I Am Me kini sudah mendapat lebih 200,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 14 Julai lalu. -MYNEWSHUB.CC

Loading...