Zahid Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri PNMB

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Beliau yang tiba pada pukul 1.40 tengah hari  disambut oleh Pengerusi PNMB Tan Sri Abu Zahar Ujang serta barisan pengurusan PNMB dan meluangkan masa kira-kira setengah jam di majlis itu yang dihadiri kira-kira 500 tetamu.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar.

Pada majlis itu Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 33 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Hamidiah, Bagan Datuk, Perak. – BERNAMA

Loading...