Diperkosa Enam Lelaki di Dalam Bas, Namun Tiada Siapa Peduli Dan Membiarkan Sahaja

Baru-baru ini tersebarnya sebuah rakaman video yang menaikkan amarah netizen mengenai seorang gadis dicabul secara terang-terangan, namun tiada seorang pun yang cuba membantu gadis malang itu!

Kejadian yang berlaku di Casablanca, Morocco ini melibatkan enam orang remaja lelaki yang menyerang seorang gadis di dalam bas awam. Mereka telah menarik baju dan seluarnya secara paksa dari tubuh mangsa, lapor World of Buzz.

Rakaman tersebut jelas menunjukkan sekumpulan lelaki cuba meramas payudara mangsa dan menghisapnya, sambil mangsa menjerit meminta pertolongan. Tidak cukup dengan perbuatan itu, remaja lelaki tersebut sempat memakinya dalam bahasa Arab.

Gadis yang berusia 24 tahun berkenaan dilihat menangis dan sedang cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari kumpulan lelaki yang jahat itu. Namun baik pemandu bas mahupun penumpang di dalam bas tersebut, seorang pun tidak cuba untuk meleraikan kejadian berkenaan.

Setelah puas bergelut, dia akhirnya terlepas dari serangan lelaki-lelaki itu dan berlari ke hadapan bas dalam keadaan dadanya yang terdedah. Aduhai takkanlah tak ada seorang pun nak tolong!

Apabila disoal, syarikat bas berkenaan membela pemandu bas mereka dengan mengatakan rakaman yang tersebar itu ‘terlalu pendek’ dan ‘hanya berdurasi seminit sahaja’. Maka mereka tidak boleh membuktikan sama ada pemandu bas tersebut ada membantu gadis berkenaan selepas itu ataupun tidak.

Sungguhpun kebanyakan netizen mengecam kejadian berkenaan, masih ada segelintir individu yang menyalahkan gadis tersebut kerana tidak menutup aurat.

“Dia yang memprovokasi para lelaki dengan pakaian yang tidak sopan,” komen salah seorang netizen.

“Saya mengecam tindakan berkenaan namun pakailah pakaian sopan. Gadis ini begitu mudah untuk dibogelkan,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Sungguhpun dia tak tutup aurat, wajar ke lelaki tu buat macam tu? Hish!

Menurut laporan The Independent, dua daripada tiga wanita di Morocco mengaku mereka pernah menjadi mangsa gangguan fizikal, psikologi, seksual dan ekonomi di negara itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Morocco telah menangkap enam orang lelaki yang berusia antara 15 hingga 17 atas “cubaan mencabul wanita”.

Sumber: Lobakmerah

Scroll to top